Menentukan & Memahami Jenis Kulit
==============================
Sebagai pelanggan anda yang terlebih dahulu dapat memahami dan mengetahui jenis kulit diri sendiri , kerana kita sering mendapati bahawa jenis kulit sesorang sering berbeza satu dengan yg lain , kerana selepas kamu membaca artikel ini kamu akan lebih memahami dan akan dapat mengetahui jenis kulit wajah anda sendiri. Saya akan berikan sedikit pedoman asas untuk mengetahui jenis kulit. Pada umumnya jenis kulit di kategorikan dalam 5 jenis.
1.Jenis Kulit Normal
Sangat beruntung bagi pemilik jenis kulit normal hanya memerlukan sedikit perhatian untuk menjaga , wajah yang mempunyai jenis kulit ini. kulit wajahnya tidak akan kelihatan berminyak dan juga kering , dan mudah sekali unutk mengetahui cara apakah kulit kamu termasuk kulit wajah yg normal ? cara yg simple untuk membuktikan pagi hari setelah kamu bangun tidur ambil lah sebuah kertas minyak lalu usapkan pada wajah kamu , apabila kertas minyak tersebut kelihatan kering dan tidak terik anda di dalam kategori jenis kulit normal. Tetapi awas mungkin anda juga terdiri daripada jenis kulit kering.
2. Jenis Kulit Berminyak
Khusus jenis kulit berminyak kamu boleh memberikan rawatan dan perhatian yg lebih , minyak di wajah kamu boleh menyebabkan pori-pori tersumbat , sehingga mudah sekali untuk menimbulkan jerawat , dan kerana itu seseorang yg memilki kadar minyak yg berlebihan agar dapat selalu rajin membersihkan wajahnya untuk mengetahuinya tersebut mudah , bercermin lah pada sebuah kaca lalu lihatlah apakah kawasan wajah anda nampak berkilat dan berminyak , lalu anda boleh buktikan dengan mengambil sebuah kertas minya lalu tempelkan pada bahagian seluruh wajah , dan lakukan lagi pada satu jam kemudian.Apabila kertas minyak tersebut menghasilkan endapan minyak yg banyak artinya bahawa jenis kulit kamu memiliki kadar minyak yang tinggi. Anda juga harus dapat membezakan minyak dari wajah yg dihasilkan oleh hormon kulit atau minyak tersebut yg dihasilkan dari produk pelembab wajah yg kamu gunakan . Dan mungkin juga peluh. Anda perlu tahu untuk membezakannya.
3. Jenis Kulit Kering
Kulit kering disebabkan oleh tidak cukupnya minyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak dan juga ada beberapa faktor yg membuat kulit wajah menjadi kering salah satunya adalah pendedahan cahaya matahari rutin gaya hidup memainkan peranan besar dalam menyebabkan kulit menjadi semakin kering . Dan satu keuntungan oleh pemilik kulit kering , biasanya wajah tidak mudah disingahi oleh jerawat . Tetapi senang di tumbuhi jeragat. Jerawat boleh di rawat, tetapi masih belum ada cara yang boleh merawat jeragat di dunia ini melainkan memudarkannya sahaja, dan pilih lah produk atau cara yang selamat.
4.Jenis Kulit Sensitif
Untuk jenis kulit yg satu ini perlu sekali perhatian lebih , kerana kulit sensitive mudah sekali bermasalah hanya kerana debu , kotoran dan matahari kulit boleh timbul masalah seperti gatal gatal dan kemerahan pada kulit. Pemilihan produk yg lembut dan juga ringan akan lebih baik digunakan untuk jenis kulit sensitive .
5. Jenis Kulit Kombinasi
Jenis kulit ini merupakan gabungan antara dua jenis kulit biasanya merupakan gabungan antara kulit berminyak dan juga kulit kering.dan pada umumnya jenis kulit kombinasi banyak dimiliki oleh banyak orang . contoh yg merupakan bahawa kamu memilki jenis kulit kombinasi , kulit wajah di bahagian pipi kering , namun di bahagian dahi dan hidung berminyak.Cara yg terbaik untuk memberikan rawatan khusus jenis kulit ini adalah dengan mengunakan produk yang di khususkan unlit kombinasi.
Jika anda masih belum mempunyai produk yang di yakini selamat dan was-was. Anda boleh hubungi saya Perunding Kecantikan untuk bantuan. Saya akan membantu anda untuk memilih produk yang sesuai dan menjaga kulit anda agar kelihatan cantik dan berseri.
























